Login













Kualiti Produk

Perusahaan kami merupakan perusahaan yang pertama seumpamanya yang memproses tapai pulut secara komersial sejak 1998. Kemahiran kami dalam menghasilkan tapai pulut yang berkualiti tidak perlu diragui. Kami hanya memilih beras pulut yang terbaik untuk menghasilkan Tapai Pulut Sarimah. Proses pembuatan Tapai Pulut Sarimah dibuat menurut prosedur yang terkawal baik dari segi resepi, pemprosesan serta pembungkusan yang kami persembahkan, di samping menjaga kebersihan persekitaran kilang dan juga peralatan. Kami juga disokong oleh kaki-tangan yang berdedikasi, berpengalaman dan berkemahiran tinggi.





Bottom Logo