Pengenalan

Tapai pulut merupakan makanan tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu. Perusahaan Makanan Dan Pengawetan Istimewa mengembalikan semula kegemilangan makanan tradisional ini dengan persembahan masa kini. Moto kami "Try... Tapai Pulut Sarimah..... you'll become a true lover!" bermaksud "Rasalah... Tapai Pulut Sarimah..... anda akan jadi pengemar sejati!", bukan sekadar kata-kata. Kami komited untuk memberi yang terbaik, baik dari segi kualiti dan juga perhidmatan.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka, MPAG, Jabatan Pertanian, RISDA, FAMA, MARA, MARDI, Tekun Nasional dan lain-lain agensi yang memberi sokongan baik dari segi meterial atau moral. Tanpa sokongan agensi-agensi berkenaan Tapai Pulut Sarimah tidak berada pada tahap pencapaian ini.